I made this widget at MyFlashFetish.com.

Bagaimana menangani pertengkaran kecil di antara suami isteri?

Tidak diragukan bahawa perjalanan hidup Rasulullah s.a.w bersama isteri-isterinya merupakan contoh bagi setiap muslim dan muslimah. Dari perjalanan hidup yang semerbak wangi penuh berkat ini perlu menjadi bahan pelajaran dan pendidikan bagi mereka. Perlu diletakkan sebagai fokus pandangan yang menjadi petunjuk sepanjang kehidupan.
Kehidupan Rasulullah s.a.w bersama isteri-isterinya walaupun dengan keluhuran dan kesuciannya, tidak terlepas dari berbagai perbezaan, kerana Rasulullah s.a.w juga seorang manusia dengan semua kalimat yang diinginkannya, sementara isteri-isteri baginda juga seorang manusia, di mana semua masalah manusia dalam kehidupan ini juga terjadi pada nabi manusia dengan semua maslah dan perbezannya.
Dengan keadaan seperti itu, rumah tangga Rasulullah s.a.w juga tidak tandus dari keruhnya perbezaan rumah tangga . cubalah perhatikan ketika Rasululah s.a.w yang merupakan makhluk yang paling dicintai Allah s.w.t berbicara kepada A’isyah r.a yang merupakan isteri yang paling dicintainya :

أني لاْعلم اذا كنت عني راضية و اذا كنت علي غضب : فقلت: من أين تعرف ذلك؟  فقال : أما اذا كنت عني راضية , فاءنك تقو لين : لا و ر ب محمد , و اذا كنت غضبئ قلتئ : لا و رب ابراهيم . قالت : قلت : أجل والله , يا رسول الله , ما أهجر الا اسمك .

Ertinya : “ sesungguhnya aku tahu bila kamu suka kepadaku dan bila kamu marah .” Dia berkata : “Aku bertanya : “dari mana anda tahui itu ?” Rasulullah s.a.w bersabda : “ jika kamu suka kepadaku, maka kamu akan berkata “ Tidak, demi Tuhan Muhammad. Dan jika kamu marah kepadaku, kamu berkata: “Tidak, demi Tuhan Ibrahim.” Dia berkata: “Aku berkata: “Benar, demi Allah. Wahai Rasulullah aku tidak menghindari kecuali namamu saja.”  [ Riwayat Bukhari Muslim ]  
Yakni dia meninggalkan namanya sahaja ketika marah, tetapi hatinya tetap mencintai Rasulullah s.a.w.
Dari hadith ini dapat disimpulkan adanya sebahagian dari pertengkaran keluarga d dalam rumah tangga Rasulullah s.a.w yang menimbulkan kemarahan dari salah satu pihak atau dua pihak kepada yang lain, tetapi kemarahan ini sendiri bersifat temporer dan cepat sekali hilang dan tidak meningkat sehingga menjadi kebencian dam ketidaksukaan. Dan tidak mencapai suatu batas rosaknya pranata siang malam, sebagaimana yang kita lihat di hari ini. Maka Rasulullah s.a.w kadang kala menyingkat nama A’isyah r.a dan kadang kala memanggilnya dengan panggilan ya A’isy!! Ya Uwaisy !! Ya Humairak, untuk menyenangkan hatinya.

0 comments:

Post a Comment